Hello. I'm a grid based layout focused on your Content. Greet your visitors & Showcase your work with style.

Dikuasakan oleh Blogger.
“Ya Rasulullah, Izinkan Aku Berzina!”

Kata-kata ini pernah dilafazkan oleh salah seorang pemuda kepada Rasulullah saw memohon izin untuk melakukan zina. Namun apakah yang dilakukan oleh Rasulullah saw?. Baginda tidak mengherdik atau memarahinya malah menalarang para sahabat yang cuba untuk mengambil tindakan ke atas pemuda itu. Rasulullah saw menggunakan pendekatan berhikmah untuk menyedarkan pemuda itu. Cara yang bagaimana? Perhatikan hadis tersebut untuk menemui jawapannya.

Abu Umamah al-Bahili meriwayatkan :

Sesungguhnya seorang pemuda datang kepada Rasulullah saw dan berkata : Wahai Rasulullah saw : Izinkan aku berzina ! . Maka tampil kaum untuk menghalangnya dan mereka berkata : biarkan biarkan ( aku memukulnya). Nabi saw bersabda : Dekatkan dia kepadaku maka dia pun menghampiri dan duduk dekat Nabi saw.


Nabi saw bersabda : Adakah kamu suka orang lain berzina dengan IBU mu?.

Pemuda itu menjawab : Tidak. Demi  Allah,semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi bersabda : Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada ibu-ibu mereka.

Nabi  saw bersabda : Adakah kamu mahu itu berlaku kepada ANAK PEREMPUAN mu?.

Pemuda itu menjawab : Tidak. Demi  Allah wahai Rasulullah ,semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi bersabda : Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada anak-anak perempuan mereka.

Nabi  saw bersabda : Adakah kamu mahu itu berlaku kepada SAUDARA PEREMPUAN mu?.

Pemuda itu menjawab : Tidak. Demi  Allah wahai Rasulullah ,semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi bersabda : Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada saudara-saudara perempuan mereka.

Nabi  saw bersabda : Adakah kamu mahu itu berlaku kepada IBU SAUDARA mu?.

Pemuda itu menjawab : Tidak. Demi  Allah wahai Rasulullah ,semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi bersabda : Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada ibu-ibu saudara mereka.

Kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya ke atas pemuda itu dan berkata : Ya Allah, ampunkanlah dosanya,bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya. Maka selepas itu pemuda itu langsung tidak berpaling kepada sesuatu. ( Riwayat Imam Ahmad dan al-Tabaraniy. Disahihkan oleh al-Albaniy dan al-Wadi’iy) 

Rasulullah saw tidak bertindak kasar terhadap lelaki itu walaupun permintaannya untuk berzina merupakan satu perbuatan yang biadap dan melampau sehingga para sahabat ingin bertindak terhadapnya.

Rasulullah saw mengambil pendekatan cara lembut dan berhikmah iaitu cara perbandingan sekiranya amalan keji itu berlaku kepada ibu, anak perempuan atau saudara perempuannya yang dizina oleh lelaki lain. Ternyata tiada sesiapa pun menghendaki perkara itu berlaku kepada ahli keluarganya.

Di akhir hadis Rasulullah saw berdoa untuknya sehingga lelaki itu bertaubat dan tidak melakukan perkara yang diharamkan berkat doa Nabi saw dan petunjuk dari Allah SWT.

Pengajaran :

1- Zina merupakan dosa yang amat besar dan dikeji dalam Islam.

2- Berdakwahlah secara bijaksana dan berhikmah.

3- Tiada siapa yang menghendaki zina berlaku kepada ahli keluarganya.

4- Digalakkan berdoa kebaikan untuk orang lain.

Semoga Allah SWT memelihara diri kita dan anak keturunan kita semua dari perbuatan zina.

MATANYA MULA merah.Tangannya mula menggenggam penumbuk. Saya mula teragak-agak untuk meneruskan perbualan yang semakin panas itu.

Tapi dia terus mendesak. "Apa kata awak, ini bukan tamadun Islam? Tengoklah betapa hebatnya mangkuk dan pinggan yang terukir dengan ayat Quran ni... Diperbuat daripada emas pula. Awak kata ini tak hebat?" katanya.

Saya mula `cool down`. Puas mencari jalan bagi meredakan keadaan. Tidak sangka pula berbincang pasal Islam sampai boleh jadi begini. Yalah... berbincang perkara baik hingga terbabas hampir-hampir jadi tak baik. "Saya akui kehebatannya. Tetapi tamadun Islam lebih hebat daripada itu. Kalau sekadar pinggan emas yang berukir ni, pinggan mangkuk tamadun China pun tak kalah hebatnya," kata saya.

"Tu meriam yang besar tu awak kata tak hebat? Arkeologi di atas sana tu tak hebat? Baju besi di depan sana tu tak canggih? Apa awak ni, anti Islam ke?" bentaknya tiba-tiba.

Saya makin suspens. Mujur ada kawan di sebelah-nya yang menyabarkan. Kalau tidak, entah-entah saya jadi orang yang pertama ditumbuk sewaktu menyaksikan pameran di Muzium Topkapi, Istanbul ini.

"Kehebatan tamadun Islam terletak pada nilai yang tak tercapai oleh tamadun-tamadun bangsa yang lain. la terletak pada manusianya, bukan hasil ciptaannya... Bukan pada bangunan, bukan pada senjata, bukan pada istana dan barang-barang perhiasan ni..." ujar saya setelah menunggu seketika hingga kemarahannya reda.

"Okeylah, cuba awak jelaskan..." pintanya.

Alhamdulillah, bisik hati saya. "Islam sahaja agama yang mampu melahirkan manusia yang cintakan Allah, kasih sesama manusia, mampu mengalahkan hawa nafsu, memerangi syaitan. Manusia yang menjadikan Syurga sebagai idaman, ingat mati, takut Neraka, jihad dan amal bakti sebagai pakaian hidup. Hingga dengan itu muncul-lah orang kaya yang pemurah, orang miskin yang sabar..." saya terhenti dan melihat mukanya.

"Teruskan," pintanya.

"Ulama yang berani, pemerintah yang adil, rakyat yang taat, suami yang bertanggungjawab, isteri yang patuh, peniaga yang jujur, majikan yang bertimbang rasa, buruh yang rajin... Dan akhirnya dunia pun jadi aman dan tenteram. Itulah uniknya tamadun Islam."

"Tapi Islam juga maju dan progresif di bidang ekonomi, teknologi dan lain-lain," katanya.

"Ya, bila maju manusiawinya, majulah ciptaannya. Bila sudah cintakan Akhirat; kemajuan dunia mengikut secara automatik..." "Ini semua hasil tamadun umat Islam tetapi belum tentu tamadun Islam," kata saya sambil menunjukkan barang-barang pameran di muzium itu yang asalnya sebuah istana.

"Apa bezanya tamadun Islam dan tamadun umat Islam?"

Saya menyambung, "Pinggan mangkuk emas itu lambang pembaziran, itu itu bukan tamadun Islam. Begitu juga khanjar [sejenis pisau belati] yang bertatah permata itu, itu bukan tamadun Islam. Sama juga dengan berlian, intan yang menjadi rantai dan subang yang berlebih-lebihan itu... Pada saya itu bukan tamadun Islam."

"Kenapa?"

"Tamadun Islam mesti diasaskan dan didorong oleh iman. Bila membangunkannya, mesti pula mengikut hukum Al Quran dan Sunnah. Islam melarang singgahsana permata semacam itu. Juga pinggan mangkuk dari emas dan perak itu... Itu pembaziran, bahkan kadangkala jatuh kepada penzaliman kalau ada wang rakyat yang diperas untuk membuatnya."

"Jadi tanpa panduan Al Quran dan Sunnah, tamadun Islam tidak boleh terbina?" tanyanya lagi.

"Itu sudah pasti. Itulah kunci tertegaknya tamadun Islam. Sebab itu saya katakan tadi tamadun Islam bukan pada material tetapi pada insaniahnya. Kalau kemajuan material, tanpa Quran dan Sunnah pun manusia boleh membinanya. Shih Huang Ti membina Tembok Besarnya tanpa Al Quran. Ghenghiz Khan meluaskan empayarnya tanpa Hadis. Bahkan, Firaun membina piramid dan spinknya dalam derhaka kepada Allah."

"Baik... baik. Saya faham. Jadi awak rasa harta sultan Turki Usmaniyah ini bukan dari tamadun Islam?"

"Sukar saya jawab secara tepat. Tetapi saya pelik juga kerana saya tidak jumpa sebarang perhiasan atau batu permata pun kepunyaan Sultan Muhammad Al Fateh. Dia sultan terbaik dan diakui paling bertaqwa di kalangan sultan-sultan Usmaniyah yang lain."

"Ya tak ya juga. Saya hanya melihat pedang tinggalannya di sebelah sana... itu pun cukup sederhana. Pedang Rasulullah dan Sahabat-sahabatnya semua bertatahkan permata...," akuinya.

"Itu menunjukkan Sultan Muhammad Al Fateh membina tamadun Islam pada dirinya dan manusia-manusia di bawah pemerintahannya. Baginda tidak ada masa untuk pinggan mangkuk emas...
Err, mengenai pedang Rasulullah dan para Sahabatnya tu kita jangan terkeliru. Intan dan emas itu dilekatkan kemudian. Bukan asalnya begitu. Asalnya simple sahaja. Macam pedang Muhammad Al Fateh juga."

"Kalau begitu, yang kita lihat semua ni apa?" tanyanya sambil memandang saya.

"Kita dapat membezakan warisan manusia yang bertaqwa dan warisan manusia yang tidak bertaqwa.Tengok ni, surat Rasulullah... ketinggian nilainya pada isinya yang menyeru kepada Allah dan Hari Akhirat, walaupun tidak ditulis dengan tinta emas dan lembaran permata," kata saya sambil menunjuk lembaran surat usang yang dipamerkan.

Fikir2kanlah....

This is a wallpaper. Click the picture to download
author
Jake Simms
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt utlaoreet dolore.