“Ya Rasulullah, Izinkan Aku Berzina!”

Abu Umamah al-Bahili meriwayatkan :
Sesungguhnya seorang pemuda datang kepada Rasulullah saw dan berkata : Wahai Rasulullah saw : Izinkan aku berzina ! . Maka tampil kaum untuk menghalangnya dan mereka berkata : biarkan biarkan ( aku memukulnya). Nabi saw bersabda : Dekatkan dia kepadaku maka dia pun menghampiri dan duduk dekat Nabi saw.
Nabi saw bersabda : Adakah kamu suka orang lain berzina dengan IBU mu?.
Pemuda itu menjawab : Tidak. Demi Allah,semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi bersabda : Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada ibu-ibu mereka.
Nabi saw bersabda : Adakah kamu mahu itu berlaku kepada ANAK PEREMPUAN mu?.
Pemuda itu menjawab : Tidak. Demi Allah wahai Rasulullah ,semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi bersabda : Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada anak-anak perempuan mereka.
Nabi saw bersabda : Adakah kamu mahu itu berlaku kepada SAUDARA PEREMPUAN mu?.
Pemuda itu menjawab : Tidak. Demi Allah wahai Rasulullah ,semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi bersabda : Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada saudara-saudara perempuan mereka.
Nabi saw bersabda : Adakah kamu mahu itu berlaku kepada IBU SAUDARA mu?.
Pemuda itu menjawab : Tidak. Demi Allah wahai Rasulullah ,semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi bersabda : Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada ibu-ibu saudara mereka.

Rasulullah saw tidak bertindak kasar terhadap lelaki itu walaupun permintaannya untuk berzina merupakan satu perbuatan yang biadap dan melampau sehingga para sahabat ingin bertindak terhadapnya.
Rasulullah saw mengambil pendekatan cara lembut dan berhikmah iaitu cara perbandingan sekiranya amalan keji itu berlaku kepada ibu, anak perempuan atau saudara perempuannya yang dizina oleh lelaki lain. Ternyata tiada sesiapa pun menghendaki perkara itu berlaku kepada ahli keluarganya.
Di akhir hadis Rasulullah saw berdoa untuknya sehingga lelaki itu bertaubat dan tidak melakukan perkara yang diharamkan berkat doa Nabi saw dan petunjuk dari Allah SWT.
Pengajaran :

2- Berdakwahlah secara bijaksana dan berhikmah.
3- Tiada siapa yang menghendaki zina berlaku kepada ahli keluarganya.
4- Digalakkan berdoa kebaikan untuk orang lain.
Semoga Allah SWT memelihara diri kita dan anak keturunan kita semua dari perbuatan zina.
test komen ye !
BalasPadam