Hello. I'm a grid based layout focused on your Content. Greet your visitors & Showcase your work with style.

Dikuasakan oleh Blogger.

alt
Setelah ditunggu sekian lama, akhirnya kini Microsoft telah pun memperlihatkan sistem operasi generasi akan datang mereka yang mana dikenali sebagai Windows 8 buat masa ini.
Melalui sebuah video khas, Microsoft memperlihatkan antaramuka dan beberapa fungsi menarik pada sistem operasi Windows akan datang itu.
Melalui apa yang diperlihatkan, ianya menunjukkan perubahan antaramuka yang amat ketara sekali sejak Windows diperkenalkan, yang mana kini ianya turut dioptimasikan untuk para pengguna tablet dan juga skrin sentuh.
Anda ingin menjadi 'blogstarz'? Kunjungi http://web.iluvislam.com. Dapatkan pakej hosting bermula serendah RM69 setahun sekarang juga!!
Seperti pada Windows Phone, melalui sistem operasi Windows 8, Microsoft dilihat masih mengguna-pakai konsep tiles, selain mana Microsoft juga turut mengintegrasikan salah satu fungsi Store yang membawakan fungsi seumpama kedai aplikasi seperti terdapat pada Ubuntu dan juga Mac OS.
Selain itu, ianya turut memperlihatkan Internet Explorer 10 yang akan menggunakan fungsi hardware-acceleration sepenuhnya.
Buat masa ini, ianya dijangka yang mana sistem operasi Windows 8 ini bakal diperkenalkan kepada umum seawal tahun hadapan, dengan versi beta dijangka akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi.

alt
Beruntung sungguh menjadi seorang Muslim. Setiap gerak tingkah sentiasa ada pedomannya. Walau perkara yang amat kecil jika dipandang, namun hati tetap senang dengan setiap landasan yang diberikan. Islam agama yang menyentuh keseluruhan kehidupan.

Rukun Iman yang enam sudah kita ketahui dan perlu diyakinkan. Menarik untuk perkara yang keenam iaitu percaya kepada Qada dan Qadar atau dengan kata lain percaya kepada apa yang Allah tentukan.
Hidup memang ada cabaran. Terutamanya kepada orang yang beriman. Pasti akan diuji.
Firman Allah:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: " Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (al-Ankabut, Ayat 2
 
Ini adalah sunnatullah, ini ketetapan Allah yang perlu diterima. Walau bagaimanapun, seseorang yang diuji sepatutnya perlu tabah dengan sebarang ujian. Kemiskinan, kekayaan, kesakitan, kehilangan harta benda, kematian dan sebagainya kerana Allah lebih berhak terhadap diri kita. Semua adalah pinjaman.
Yakinlah kita bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semestinya Dia tidak akan membebankan hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Pasti tidak! Tuhan yang Maha Mengetahui tahap keimanan kita dan kesanggupan yang ada pada kita, pasti menguji dengan tahap yang sesuai dengan Iman masing-masing.
Firman Allah:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah, Ayat 286)
 
Kembalilah kita tersenyum dan tabah dengan ujian. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi bergerak lincah. Mungkin penulis sedikit kurang untuk indah berbahasa, namun keyakinan penulis tetap pada kalamullah yang tiada setara indahnya bahasa. Bukakanlah selaput kelabu di hati, agar kunang-kunang singgah ke mari, sinar cahaya kan kembali lagi. Wallahua'lam.

Assalamualaikum semua... ok di sini saya ada koleksi islamic wallpaper untuk anda download. Sila klik pada gambar dan right klik dan save image as... selamat mendownload !












Di celah-celah kesibukan manusia mencari pulangan harta dan gaji untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, bapa, anak dan sebagainya. Ingatan berterusan diperlukan agar kita  semua  tidak mengabaikan usaha untuk mencari bekalan untuk kehidupan hakiki. Jika kita ingin dianggap 'manusia' dan bukan seperti 'binatang ternak' di sisi Allah. Ingin mendapat kedudukan istimewa umat Muhammad di akhirat kelak, peruntukkanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan yang patut ditempohi. Jangan sesekali kita lupa pula untuk melakarkan tahap-tahap bagi mencapainya, juga dugaan dan cabaran yang bakal mendatang.

Dari senarai panjang tugas dan objektif kehidupan kita di atas muka bumi ini, Ibn Mas'ud r.a mengingatkan sesiapa yang melupakannya sebagai 'bangkai hidup'. Ia tidak lain dan tidak bukan,

 "Al-Amr bil Maʿruf wa al-nahyu ʿAn al-Mungkar"

Iaitu : menyeru dan mengajak manusia lain kepada kebaikan dan melarang mereka dari melakukan kemungkaran.


DIRI TIDAK SEMPURNA


Walau diri masih tidak sempurna dan tidak akan sempurna kerana dosa yang pasti kita lakukan, tugas itu tidak sama sekali terangkat dari senarai kewajiban kita. Malah di waktu kita melakukan kesalahan yang sama.

Memang benar amat besar kemurkaan Allah taʿala terhadap sesiapa yang menyeru kebaikan yang dia sendiri tidak lakukannya. Pun begitu, kemurkaan Allah lebih besar kepada mereka yang melakukan kebaikan dan terus melupakan seruan kepadanya. Ia adalah dosa berganda.

Justeru itu, Allah ta'ala sendiri mengutuk sikap Yahudi yang mana mereka TIDAK SALING MENCEGAH KEMUNGKARANyang dilakukan oleh sesama mereka. Lihatlah firman Allah berkenaan celaan ini pada surah Al-Maidah :


كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Ertinya : kerana mereka (Yahudi) itu mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh mereka, amat buruklah apa yang mereka kerjakan. ( Al-Maidah : 79)


Dari Ibn Mas'ud r.a :


لما وقعت بنو إسرائيل في المعاصي نهتهم علماؤهم فلم ينتهوا فجالسوهم في مجالسهم وواكلوهم وشاربوهم فضرب الله قلوب بعضهم ببعض ولعنهم على لسان داود وعيسى ابن مريم

Ertinya : Apabila sahaja Bani Israel melakukan maksiat, para ilmuan mereka menegahnya, namun apabila tegahan tidak diendahkan, para ilmuan itu duduk bersama mereka di dalam majlis mereka, makan dan minum bersama mereka ( seolah-olah redha), maka kerana itu, Allah membiarkan hati-hati sama di antara satu sama lain ( kotor dan keji), dan dilaknat mereka itu dari lisan Nabi daud dan 'Isa. ( Riwayat Ahmad)


Nabi menyebut :


والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله عز وجل أن يبعث عليكم عذابا من عنده ثم تدعونه فلا يستجاب لكم

Ertinya : Demi Allah yang nyawaku ditangannya, mestilah bagimu menyeru kepda kebaikan dan melarang manusia lain dari kemungkaran, atau sangat hampirlah Allah ʿazza wa jalla menimpakan ke atasmu suatu azab dari sisiNya, sehingga apabila kamu berdoa, tidak lagi diperkenankan. (Riwayat At-Tirmizi, Hadis Hasan)


Sekarang  tugas kita, menggali ilmu sedalam mungkin sebagai benih untuk membolehkan kita membezakan mana yang mungkar dan mana yang maʿruf. Hanya melalui jalan itu, kita mampu melaksanakan tugas tersebut.


SERIBU ALASAN & ILMU BELUM MENCUKUPI


Jangan sesekali ditipu oleh Syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai 'tidak baik', 'tidak soleh' dan 'belum cukup ilmu' dan seribu satu macam alasan lagi. Pastikan semua bisikan itu diharungi dengan keazaman dan usaha yang tinggi untuk memadamkannya.

Hakikatnya semua kita belum cukup ilmu, namun Allah mewajibkan kita berusaha untuk menyampaikan apa yang kita faham dariNya dan sunnah rasulNya kepada manusia lain.

Berusahalah mencari kefahaman ilmu dan menyampaikannya seperti kita mencari sesuap makanan untuk diri dan keluarga.


Nabi juga bersabda :


الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما، ولكن ورثوا العلم، فمن أخذه أخذ بحظ وافر

Ertinya : Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham ( wang dan harta), tetapi mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka dia telah mendapat kebaikan yang melimpah. (Riwayat Abu Daud)


JIKA AJAKAN DAN TEGAHAN TIDAK DIIKUTI?


Sesudah ajakan dan larangan dalam bentuk yang sebaik mungkin, namun masih tidak didengari, tatkala itu sedarlah tugas kita hanya menyampai.


Allah menyebut:


إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلاغُ

Ertinya : Sesungguhnya tiada kewajiban atasmu kecuali menyampaikan (sebaiknya). ( Al-Syura : 48)


Dan juga ingatan Allah taʿala :


وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ

Ertinya : Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. ( Yusuf : 103)


Akhir sekali, marilah kita sama-sama merenung teguran Allah ini;


أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ

Ertinya : Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (Surah al-Taubah : 38)


PENUTUP


Tugasan ini terletak dibahu kita semua yang bergelar umat Islam. Tugasan ini boleh dijalankan melalui pelbagai bentuk dan keadah mengikut kesesuaian seseorang dan kemampuannya serta kepakarannya. Sama ada melalui parti politik, NGO yang terdiri dari perkumpulan, jamaʿah dan persatuan atau juga secara individu.

Ia boleh dilaksanakan di tempat kerja, sekolah, universiti, surau, kampung,  felda, di persekitaran rumah, di ruangan internet, buku, majalah, bulletin, di waktu kursus dan seminar serta banyak lagi. Jangan disempitkankan medium dan ruangnya.


Sekian

"Sampaikanlah dariku walau satu ayat"

Artikel dipetik dari www.iluvislam.com oleh Ust. Zaharuddin Abd. Rahman.
Sufyan As Sauri menceritakan : Bila bertawaf mengelilingi kaabah, saya melihat seorang laki-laki, ia membaca selawat kepada Rasulullah saw. Saya mendekatinya lalu bertanya: "Mengapa anda meninggalkan bacaan tasbih,tahmid dan tahlil justeru hanya membaca selawat sahaja? Adakah sesuatu berlaku kepada diri anda? Siapakah anda ini? Tanya orang itu. Saya Sufyan As Sauri" Jawab saya. Baiklah akan aku ceritakan."

Aku meninggalkan ayahku untuk mengerjakan haji. Ketika dalam perjalanan, ayahku sakit dan sakitnya itu membawa kematian. Aku bersedih dengan kematiannya. Wajah ayahku yang tampan itu telah bertukar menjadi hitam legam, aku menutup wajahnya dengan kain. Aku berasa sedih sekali, dan malu jika orang mengetahuinya, sedang ayahku adalah seorang ahli ibadah. Aku terus bertafakur dan tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi seakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku itu, dan ternyata sinar itu bersumber dari seorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih,wajahnya bersinar terang, baunya harum sekali. Aku tidak pernah melihat orang ini sebelumnya, dan aku belum mengenalinya. 

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu langkahnya sehinggalah dia berada disisiku.

"Ada apa kesusahanmu?" tanyanya. "Ayahku telah meninggal dunia," aku menangis.

Dan belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata. "Jangan menangis semua manusia mesti mati." "Tapi wajahnya" kataku "Wajahnya hitam legam. Tolonglah aku" aku merayu-rayu terus mengharapkan bantuan sesautu.

Tanpa berbicara apapun lagi, dia terus membuka kain yang menutup wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Ajaib sekali, aku hampir tidak percaya apa yang telah berlaku. Wajah ayahku kembali semula putih bersih, dan lebih bercahaya dari asalnya. Apa penawarnya? Sampai perkara yang cukup ajaib ini dapat berlaku. 
Dia kemudian mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku itu. Kemudian iapun hendak kembali semula dari arah yang ia datang tadi.

Melihat ia akan pergi, dan aku belum lagi tahu siapa orang ini, maka aku segera memegang bajunya seraya bertanya, siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini? Dia tersenyum dan kelihatan nur dan cahaya bersinar dari senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama.

"Aku ini Muhammad" jawabnya. "Muhammad siapa"? aku meminta penerangan lagi. 
"Muhhamad, Rasulullah. Akulah pembawa Al Quran" jelasnya.

Aku terduduk dan terpinga-pinga untuk menikmati wajahnya yang mulia. Inilah dia Rasulullah, aku berkata dalam hatiku, lisanku kelu, tidak berkata apa-apapun. 

"Ayahmu ini terlalu banyak membuat sia-sia didalam hidupnya, namun begitu dia selalu membaca selawat dan salam kepadaku. Ketika ia mengalami hal buruk ini, ia memohan kepada ku untuk membantunya, maka aku datang ini untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu membaca selawat dan salam kepadaku" jelasnya. 

Pada saat itulah aku terkejut dari mimpiku itu, dan aku terus teringat apa yang telah berlaku di dalam mimpi itu. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti yang berlaku di dalam mimpi tadi, bahawa wajah ayahku telah kembali putih bersih dan bercahaya lebih dari mulanya. 

BERKAT SELAWAT UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT. 

Dalam satu cerita yang lain mengenai perkara selawat juga, bahawa seorang wanita telah bermimpikan anaknya yang baru mati. Dilihatnya anaknya sedang disiksa dengan amat berat sekali. maka wanita itu sangat sedih ketika meningatkan mimpi yang dilihatnya, dan dia terus menangis dan menangis memohon ALLAH agar diampunkan dosa anaknya itu. 

Sekali peristiwa sedang dia berada di kuburan anaknya itu, tiba-tiba datang seorang lelaki yang compang-camping keadaannya. Dia berdiri dihadapan kubur-kubur itu, lalu berselawat keatas Nabi saw, sebanyak-banyaknya kemudian dia menghadiahkan pahalanya kepada sekalian ahli kubur di situ, dan dia pun pergi. 

Pada malamnya, wanita itu bermimpi lagi akan anaknya, dan kali ini mimpinya agak berlainan sedikit. Iaitu dilihatnya anaknya sedang dalam cahaya dan bahagia mengecap segala kenikmatan ALLAH. Maka wanita itu bertanya kepada anaknya tentang perubahan nasib yang diterimanya sekarang, apa sebabnya? 

Lalu anak itu memberitahu bahawa semua itu ialah kerana berkat selawat orang salih yang baru datang ke kuburan itu, yang telah berselawat ke atas Nabi saw, lalu dihadiahkan pahala selawatnya itu kepada sekalian ahli kubur, dan nasibnya dari pahala itulah telah mendapat segala kebahagian yang di kecapi sekarang ini. 
Moral: Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah agar mendapat syafaatnya di dunia dan di akhirat, Insyaallah. 

SYAFAAT UTK MALAIKAT 
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT. 

Pada saat Rasulullah saw dimikrajkan, beliau melihat berbagai macam keanihan. Di antaranya baginda melihat satu malaikat yang dibakar oleh ALLAH swt. 

Nabi bertanya kepada Jibril as, "Mengapa ia dibakar?" 

Dijawab oleh Jibril as, 

"ALLAH mengutus dia ke sebuah negeri untuk menghancurkan penduduknya. Tetapi ia tidak jadi melakukannya kerana merasa hiba dan sedih terhadap seorang bayi yang masih menyusui di negeri itu. ALLAH lalu menghukumnya." 

"Tahukah kau wahai Jibril, apakah dia boleh bertaubat," tanya Rasul lagi. 

"Bukankah ALLAH menurunkanayat kepadamu, bahawa Dia maha pengampun bagi sesiapa saja yang bertaubat," demikian jawab Jibril as. 

Selesai mendengar jawapan Jibril as, Nabi lantas memohon taubat kepada ALLAH untuk malaikat itu. 
Dan ALLAH menjawab bahawa malaikat itu harus membawa selawat 10 kali kepada Rasulullah, barulah ia dilepas dari hukuman. 

Di langit, para malaikat gempar mempercakapkan bahawa ALLAH swt telah merahmati malaikat Karubiyyun berkat selawat kepada Rasul-Nya Muhammad saw. 

KELEBIHAN SELAWAT 
Kelahiran Rabiatul Adawiah
 
Pada malam Rabiah dilahirkan, ayahnya tidak mempunyai setitik minyak pun untuk menerangi rumah. Ia juga tidak mempunyai kain selimut untuk menyelimut Rabiah. Ayah Rabiah mempunyai 3 orang puteri dan Rabiah merupakan puterinya yang keempat. Dalam keadaan dingin di waktu malam, ayanya telah bermimpi melihat Nabi saw. Nabi saw berkata, 

"Janganlah engkau bersedih hati kerana bayi perempuan yang baru dilahirkan itu adalah ratu kaum wanita dan akan menjadi penegah bagi 70 ribu orang diantara kaumku. Esok pergilah engkau mengadap Isa Az Zadan gabenor Basrah. Di atas sehelai kertas, tuliskan kata-kata berikut ini;



"setiap malam engkau mengirimkan selawat seratus kali kepadaku dan setiap malam jumaat empat ratus kali. Kelmarin adalah malam jumaat tetapi engkau lupa melakukannya. Sebagai penebus kelalaian mu itu berikanlah kepada org ini 400 dinar yang telah engkau perolehi secara halal." 

Ketika terjaga dari tidur, ayah Rabiah menangis. Ia pun bangkit dan menulis seperti yang telah dipesankan Nabi saw kepadanya dan mengirimkannya kepada gabenor melalui pengurus rumahtangga istana. 

"Berikanlah dua ribu dinar kepada orang-orang miskin, kata gabenor tersebut setelah selesai membaca surat itu. "Dan berikan 400 dinar kepada orang ini, katakan padanya bahawa aku harap engkau datang kepadaku supaya aku dapat melihat wajahmu. Namun demikian, tidak wajarlah engkau mengadapku sepatutnya akulah yang datang berjumpa denganmu." 

Dipetik dari buku berjudul "Wasiat Orang Soleh"
author
Jake Simms
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt utlaoreet dolore.